​CLUSTER
Community Outreach

CIRCLE OF ADVOCACY NETWORK
Maahat Tahfiz Teduhan Kasih

STATUS

On-Going

IMPACT
Education | Fundraising
| Long Term Value Creation 

SCOPE OF ACTIVITIES

Tahlil Kasih
Bacaan Tahlil Bersama Maahat Tahfiz Teduhan Kasih

Majlis Tahlil Arwahyarham Tn Hj Ambotola Pelu, yang telah kembali ke pangkuan ilahi pada 27 November 2023 jam 3.30 pm. Beliau merupakan ahli BOT Yayasan UniKL semenjak 12 November 2020 dan telah memberikan khidmad nasihat yang cukup banyak dalam menentukan hala tuju Yayasan UniKL sehinggalah Yayasan UniKL mampu berdiri sehingga ke saat ini. Semoga roh Tn Hj dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Majlis Tahlil ini dilangsungkan selepas solat maghrib (28 November 2023) di Surau Maahat Tahfiz Teduhan Kasih, Lot 45, Jalan Gajah 1, Kampung Kubu Gajah, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Jemaah yang membaca tahlil ini terdiri daripada pelajar Maahat Tahfiz Teduhan Kasih, Kubu Gajah seramai 50 orang iaitu 30 lelaki dan 20 perempuan.

Walaupun usaha ini kecil berbanding jasa yang telah arwah curahkan, namun kami berharap semoga ia menjadi hadiah yang terhebat untuk mengiringi arwah.

Slider Item
Slider Item
Slider Item