CLUSTER
Empowerment

CIRCLE OF ADVOCACY NETWORK
UiTM, Kementerian Pendidikan Tinggi

STATUS

On-Going

IMPACT
Education | Entrepreneurship | Leadership | Long Term Value Creation

SCOPE OF ACTIVITIES

YU & AI
AKRI 2024 & Bulan Akademia

Yayasan UniKL telah diberi penghormatan dengan undangan membuat pameran AI  di Majlis Anugerah  Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi : Reka Bentuk Kurikulum Dan Penyampian Inovatif (AKRI 2024) Dan Sempena Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024. Booth Yayasan UniKL telah mendapat kunjungan YBhg. Dato’ Seri Diraja Dr. Zamry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.  Perincian seperti di bawah

Tarikh     : 1 Oktober 2024 (Selasa)
Masa      : 8.00 am – 1.30 pm
Tempat  : Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam

Undangan ini sebenarnya merupakan sebuah pengiktirafan telah meletakkan Yayasan UniKL ke satu tahap yang lebih tinggi dalam arena AI dan bukan lagi hanya berlegar dalam isu kitar semula yang bersifat domestik. Menerusi AI mampu meningkatkan kecekapan serta merentasi trends terkini di arena lebih global. Dengan kata lain meng’AI’kan Yayasan UniKL.

Booth Yayasan UniKL melibatkan orang kuat AI, UniKL iaitu AP. Ts. Dr. Muhamad Husaini Abu Bakar dari Malaysian Spanish Institute, ditemani rakan industri Ir. Ts. CA. Dr. Hairi bin Ponichan dari HS Innovators Sdn. Bhd. dan Encik Abu Hussin bin mohd Yusof dari Dynamic Group Berhad.

Slider Item
Slider Item
Slider Item
Slider Item
Slider Item

HELP US TO HELP OTHERS
PLEASE DONATE THROUGH YAYASAN UNIKL Account :
Bank Islam : 14153010045940