CLUSTER
Empowerment

CIRCLE OF ADVOCACY NETWORK

STATUS

On-Going

IMPACT
Education | Entrepreneurship | Leadership | Long Term Value Creation

SCOPE OF ACTIVITIES

Wira Lawan Kanser
Tingkat Harapan Bersama

Pengenalan

Misi program ini untuk meraikan serta meningkatkan kemahiran pesakit kanser agar berupaya melangsungkan kehidupan melalui keusahawanan. Kerjasama di antara pelbagai pihak mendokong misi yang sama dapat mempertingkatkan harapan WIRA LAWAN KANSER, Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kami mempelawa semua yang terdetik untuk menyokong  kelestarian semangat kebersamaan dan juang untuk terus berdikari di kalangan pesakit kanser. Semoga projek ini berupaya mengekalkan semangat serta MEMPERTINGKATKAN KEMAHIRAN KEUSAHAWAN dan MENDIGITALISASI PERNIAGAAN mereka.

Sertailah  aktiviti-aktiviti ON-BOARDING yang telah kami rangkakan seperti berikut:

  1. Pertandingan Seni Lakaran Tiffin yang dipanggil ‘Tingkat Harapan Bersama’. Pesakit kanser ini akan beradu kemahiran lakaran mereka pada Tiffin secara regu untuk menghasilkan lakaran yang tercantik
  2. Seni Bisikan Hari
  3. Ekspresi Masa Hadapan

Objektif

  1. Mencipta hasil seni nurkilan hati
  2. Mencapai kejayaan dengan kesepakatan dan bermaufakat
  3. Memperkasakan semangat juang
  4. mempergiatkan keusahawanan digital

Sasaran

Projek ini mensasarkan seramai 10 orang pengidap kanser untuk turut serta dalam pertandingan lakaran ini. Sumbangan terkumpul akan disalurkan kepada :

  • Pesakit Kanser Asnaf yang memerlukan bantuan perubatan & sarahidup
  • Pembiayaan Pendidikan Pelajar Asnaf (UTASS)

Oleh yang demikian kami mengalu-alukan kepada semua dermawan yang perihatin untuk zahirkan sokongan anda dalam bentuk kewangan untuk projek ‘Pertandingan Seni Lakaran Tingkat Harapan Bersama’ pengidap kanser.

Aturcara

  • 09.30 am – Pendaftaran / Sarapan pagi / Latihan / Pertandingan Bermula
  • 03.00 pm – Tamat Pertandingan / Pemarkahan
  • 03.30 pm – Perasmian / Pengumuman Keputusan / Jamuan Ringan

Keperhatinan anda begitu bermakna bagi mereka. Terima kasih kerana menjadi warga Malaysia yang prihatin.

Peserta

  • 2 cancer patients
  • 6 cancer survivors
  • 2 care taker of their late spouse
Slider Item
Slider Item
Slider Item

HELP US TO HELP OTHERS
PLEASE DONATE THROUGH YAYASAN UNIKL Account :
Bank Islam : 14153010045940